Ahad lepas aku bawa emak dan 2 org adik aku pergi jalan2 area Sg Haji Dorani. Asalnya aku sekadar nak ke pasar Pekan Selasa utk beli ketam. Tapi di sebabkan tak ada seekor ketam pun di jual,kitorang balik dgn hanya beli fishball dan limau nipis. Kalau ikutkan limau nipis tu pun kitorang tak beli kot kalau x kerana aku,emak dan ain batuk2. Sebab kami akan guna perahan air limau dgn satu sudu kicap sebagai kaedah menyembuhkan batuk,belilah limau tu satu pinggan. Pergh...memang sedap!kalau ada ikan bakar lagi sodap...dah mcm pencicah ikan bakar dgn air asam.
Aiman, adik laki aku ikut dgn bawa NIKON D60. Dia memang ajak aku pergi ambil gambar. Kalau tak jgn harap la dia nak ikut. Memang time yg sesuai laaaa... Masa nak balik rumah terlalu awal lagi jadi aku bawalah emak dan adik2 pergi jalan2 dekat pantai Sungai Haji Dorani. Kami berjalan di dalam kawasan resort - D’Muara Resort. Air tak pasang. Menurut sumber air pasang mati. Aku pon xberapa tahu tentang pasang surut air ni. Yg aku tahu air pasang pagi surut pukul 5...yg dlm lagu masa zaman budak2 selalu main tu. Aku pon mengetest D60 tu dgn skill aku yg terlalu amatur tu. Hurm...banyak benda lagi aku nk kena belajar. Lagi2 tentang cahaya,subjek yg sesuai dgn sekitar dan nak set menu ke ape2 la yg ada dlm camera tu.
Keadaan pantai yg surut,berlumpur,sampan2,nelayan ulang alik dan awan yg cantik memang Nampak old school. I like! Mengingatkan zaman2 dolu2...zaman sekolah. Tapi sayang..aku xberapa pandai utk shoot gambar yg lawa. Walau apa pun aku akan terus berusaha utk belajar benda baru dlm dunia baru aku ini.
Kat bawah ini aku sertakan gambar2 yg aku dah shoot sbg buah tangan pertama aku dari sungai haji dorani. Korang nak komen...aku xkisah.baik buruk aku terima..coz i learn from mistake. Dan aku akan sentiasa belajar dan belajar lagi.
Selain aku,adik aku aiman turut mengambil menge`shoot’ gambor2 sekitar pantai da area sawah adi dari sungai haji dorani sehingga lah ke Parit 1 termasuk di hadapan sekolah menengah aku.
No comments:
Post a Comment