Sunday, February 20, 2011

cantik di mata aku



satu hari aku bersembang dgn kawan aku kat opis pasal trend tudung zaman sekarang...lg2 trend tudung selendang ala2 Yuna gitu.pastu aku masuk topic dgn sikap segelintir org yg x yakin memakai tudung tersebut dgn pelbagai gaya terkini yg boleh dipelbagaikan.bukan hanya kpd selempang.aku juga cerita padanya tentang adik perempuan aku zati yg xpandai utk mengayakan tudung tersebut.dan kata takut xcantik sebab xsesuai.aku menegurnya...sebab dia tidak pernah mencuba langsung utk menggayakannya.

aku teringat satu masa dahulu aku mencuba memakai tudung yg muncung depannya keras.aku digelakkan dgn sepuas2 hati org sekeliling aku...ada kata aku mcm penyu la...xsesuai sbb muka aku dan kepala aku yg besar dan ada yg kata aku mcm minah indon.mula2 mmg mcm down..tp aku pikir balik...kalau aku terus pakai je...cari yg sesuai...pakai dgn gaya yg sesuai dan betul...mesti nampak ok dan selesa utk aku dan mata org.YESS!betul!aku pakai jer...dan cari yg sesuai dgn bentuk muka aku..kalau x... sampai bila aku xpakai tudung tu kot.yg nk pakai aku...bukan diorg.lama2 bila aku kerap pakai...xde org cakap apa2 pun...so okla tu.lagi pun aku yg pakai.hahahaha.

mcm tu jugakla permulaan aku memakai tudung siria dan selendang.tp aku terima jer dan aku pakai je dan lg belajar menggayakannya agar nampak lebih sesuai dgn fesyen dan kesesuaian sama ada keadaan,pakaian dan bentuk muka aku yg diorg kata bulat dan lebar ni.mmemang ada yg mangutuk.tp lama2 diam malah ada yg ikut lg!hahahaha!

okla....mcm ni aku mengaku memang aku xcantik tetapi pada aku...dgn memegang prinsip cantik ini sbnrnya datang dari dalam diri dan hati tetapi bukan dari wajah muka dan fizikal cantik sahaja.wajah cantik itu semua adalah bonus dari allah s.w.t...tapi kecantikan sbnr itu sbnrnya datang dr keikhlasan dari hati.seperti keyakinan,budi pekerti,kejujuran dan ketenangan.kalau xada elemen2 ini...walaupun seseorang tu cantik tapi rendah diri,tak jujur,huru hara / kelam kabut dan susah hati....cantik tu hilang.dan erti kata lain nampak selekeh.so pada yg selalu rendah diri rasa xyakin nak menggayakan sesuatu pakaian yg rasa mcm xsesuai tu jgn cepat mengalah.try dulu,dalam 10 mesti ada satu yg sesuai dan dlm banyak2 fesyen tu...kalau pandai menggayakan dan kenakan mesti masuk.dan yg paling penting hati mesti baik dan sentiasa berfikiran positif.hurm....cermin diri,kenal diri dan muhasabah diri.selagi dan tidak terbabas keluar dr batasan dan landasan agama,adat dan budaya anda akan sentiasa kelihatan cantik pada diri sendiri dan mata yg melihat.cuba lihat sekeliling kita dan yg paling dekat pelakon dottie tu (sorry aku x ingat nama dia)...dia comel dan cantik kan...?walupun dia pakai pakaian yg sexy but she still cute dan nampak selesa.perempuan kedua pula..dato' siti nurhaliza...ingat dulu mekap dia mcmne...?ingat dulu fesyen dia mcmne..sampai ada mulut longkang yg kutuk2 fesyen dia...tapi dia tetap cantik sbb dia berfikiran positif,ikhlas,jujur dan tenang.dan sampai skrg masih ada lg yg mengutuk fesyen terbaru dia..tapi dia relax dan tetap cantik dan anggun.ini semua kerana hati dia.sememamangnya dia cantik tapi ditamabahkan dgn keyakinan dan cantik dia dr hati.begitu juga dgn yuna.jujur aku kata...pada mata aku yuna tidaklah cantik sangat tetapi dia seorg perempuan yg yakin sehingga gayanya di ikut oleh remaja permapuan zaman skrg dan menjadi trend.keyakinannya itulah dia nampak cantik.

oleh yg demikian, hati dan pemikiran yg positif memainkan peranan yg penting dlm kecantikan.walaupun tanpa alat solek dimuka dan hanya berbaju t-shirt/kurung kedah dan berkain batik dan fizikalnya tidak secantik model 2 atau artis terkenal pon perempuan itu tetap cantik jika memiliki keyakinan, hati yg baik dan fikiran yg positif.Namun jgn lupa dgn keselesaan ketika mengenakan pakaian yg bersesuaian perlu dititik beratkan.tetapi ingat...jgn jdi mangsa fesyen pula!renung2 kan...

No comments:

Post a Comment