Friday, February 18, 2011

aku masa sekolah.

Sedar atau tidak sudah 8 tahun aku tak pegi sekolah. Kalau org lain kompom da kena buang sekolah. Untuk aku x payah la.sebab aku dah habis sekolah. Aku habiskan persekolahan aku sehingga ke Tingkatan 6 Atas. Kalau nak ikut kisah...asalnye aku bersekolah di di Butterworth,Penang iaitu di Sekolah Rendah Convent Butterworth dan Sekolah Menengah Convent Butterworth. Pada pertengahan tahun 1997...time tu aku form 1,aku dan family berpindah ke Sungai Besar kerana abah telah di tukarkan ke sini.dan terus menetap di sini.

Aku ingat lagi pertama kali aku masuk ke SMK Sg. Besar.hurm...pertama kali aku bersekolah bercampur dgn lelaki.aku rasa kekok,malu, dan x aman.yelah....aku pernah sekolah bercampur lelaki masa aku tadika 6 tahun sahaja!setelah hampir 7 tahun bersekolah di sekolah di sekolah perempuan,aku di daftarkan oleh abah di sekolah campur.kalau ada pilihan sekolah perempuan sahaja,confirm akan ke sekolah tersebut.tetapi lama kelamaan aku biasa.lelaki pon manusia.Cuma aku segan kot dgn lelaki time tu

Prestasi akademik dan kokurikulum aku di sekolah tu biasa sahaja.xcemerlang pon tapi Alhamdulillah aku mendapat result PMR yg ok ok laaaa,result SPM yg elok TETAPI result STPM yg...alahai.hahahahaha.xpayah nak tau la yer.

Namun begitu kenanganterindah adalah pd sekitar tahun 2000 – 2001(4A10 /5A4).segala pahit manis masam masin banyak berlaku ketika itu. Kerana PMR aku pada tahun 1999 ala2 ado saje kan,aku xlayak nak masuk kelas sains impian aku yg bercita nk jadi engineer masa tu.aku pun teringat emak ada cakap,abah nak ada anak dia jadi akauntan.aku try la masuk kelas yg ada subjek akaun.dapaaaat...aku dapat kelas 4 A10.masa tu kelas aku di dewan lama sekolah di bawah pusat sumber sekolah.aku ingat lg,meja kami masa tu meja panjang beralaskan kain cotton bercorak kartun2.kelas tu jadi ceria.memang da mcm tadika pon ada.tapi cantikla tu.kelas lain ada...???xada kan..kelas kami jer,lain daripada yg lain.hehehehe.banggaaaaaa oooooo!

Di kelas itu jugalah aku mula mendapat ramai kawan dan hubungan kawan kami xputus sampailah sekarang walaupon mereka sudah berkahwin dan masing2 dah ada anak.Cuma aku je belum sampai seru lg.antara kawan yang aku kenal dr form 4 dulu dan berkawan sampai la skrg...Nazam,Ziana,Mizan,Azlin,Wahida,Azimawati,Kamal,Iwan usop (M),Iwan Dae,Rosmilayati,Yani Khafit,Faizal (Butet),suganthi,nadia,yazid.ada juga kawan yg xdisebut mcm norliza (org pertama yg duduk sebelah aku masa form 4),wawa,shahrizal dan beberapa org lg (maaf aku terlupa kalau nampak rupa tentu ingat) tapi aku lost contact dgn mereka.sekadar dengar2 cerita mereka dr mulut ke mulut dan x semuanya.tetapi pada masa aku mula rapat bersahabat dgn nazam,kami kehilangan kawan baik kami dan sahabat nazam,allahyarham sharkawi pada 11.09.2001 krn leukimia.aku berterima kasih kpd arwah krn arwah telah merapatkan hubungan aku dgn rafiq dan persahabatan dgn nazam.pemergiannya benar2 mengejutkan kami.sblm pemergian arwah sharkawi,pada tahun 2000 kami telah kehilangan seorg kawan yg mana merangkap abg kpd kami iaitu allahyarham jamal kerana sakit yg sama.arwah jamal juga rapat dgn kami satu kelas.pemergian mereka berdua2 benar2 buat kami terasa kehilangan sahabat dan kawan pada ketika itu.apatah lagi bg pelahjar lelaki. Namun begitu,kami dikejutkan sekali lagi dgn pemergian allahyarham aidil yg pergi menemui Yg Esa selepas sekolah pada usia yg muda juga.aku mendoakan kesejahteraan mereka disana dan di tempatkan org2 yg beriman.amin.

Pada 2 tahun itu kami banyak melakukan aktiviti bersama2 antara yg xdpt dilupakan ialah beraya bersama2 atau lebih di kenali sbg ‘baraan’.kebiasaan itu xpernah dilupakan setiap kali syawal walaupun sudah habis bersekolah.sebab dgn cara itu dpt mengeratkan lagi hubungan kawan antara kami semua.namun begitu,setelah masing2 memiliki family sendiri,kerjaya sendiri...kebiasaan itu semakin di tinggalkan.al maklumlah kadang2 time cuti kitorg ni xsama.dan kesuntukan waktu serta komitmen masing2.jadi..kali ni seketul2 la datang.yg xpernah lekang datang rumah aku... Kamal,Iwan usop (M),Shahrul dan Usop.sebut pasal usop ni,dia memang xsekelas dgn aku masa form 4 & 5.tapi masa form 2 dulu.tapi dia ni sangat bagus...xlupa kawan.dia xpernah miss datang sini..tetapi aku baru sekali g rumah di masa tahun 1998 dulu.hehehehehe.alah..rumah kawan2 lain jg...sejak da kerja ni langkah pendek nk beraya ni sbb aku bz kt rumah.xsampai hat ink biarkn mak bertungkus lumus sorg2 kat rumah melayan tetamu time raya sbb emak aku bukan larat sangat,cepat letih.aku harap mereka faham lah.insyaallah ada kelapangan sampai la aku.

Berbalik pada sekolah aku.aku betul2 terkejut!dr luar, aku da Nampak ada bangunan baru yg di bina bersebelahan dgn kantin sekolah.then,siapa ada zon wi-fi...waaaaaa!!!hebat.dr luar dah Nampak ada papan tanda KOPERASI.bagusla..sekolah tu semakin cantik.dan aku harap,sekolah cantik isi di dalamnye pun cantik2.maksud aku dr segi pelajarnya cemerlang,cikgu2 yg dedikasi dan pendidikan yg terus maju menggahkan lagi nama sekolah tu.

GO SMK GO!!



ni jalan nak g sekolah dr traffic light LPN

dewan sekolah kebanggaan kami warga SMK

terkejut aku..ada bangunan baru dekat dgn kanti.
hurmmm...perkembangan yg membanggakan aku

dr pagar sekolah sebelah pintu utama.pagar ni kenangan
aku masa naik basikal dulu sebab laluan utk ke garaj basikal dan balik sekolah.

pintu pagar utama SMK Sungai Besar

bangunan utama sekolah.kat situ ada pejabat dan pusat sumber.

pintu pagar ke asrama.tapi tu bkn asramanye....jauh lg ke belakang

dr jauh...dr simpang 3...sayup2 jer...

bye!

thanx to aiman my adik laki yg ambil gambar2 ni.


No comments:

Post a Comment