Tuesday, February 22, 2011

aku..aiman dan spagetthi bolognaise meatballs


2 minggu lepas aku buat spagetthi bolognaise meatballs utk julung kalinya pada tahun ini.aku buat banyak jg la.pastu aku baru sampai rumah,aku dpt msg dr aiman.dia minta resepi spegeti aku.hurm...???aik xkan da abes?laku sgt ker?mula2 tiba2 terasa kembang dada ni...huhuhu...laku aku punya spegeti.
then last week aku balik,aku tanya mak knp aiman minta resepi?betul la sangkaan aku spegeti tu dah habis.tapi xada pulak diorg cakap sedap.hurm....hahahaha.
ahad sebelum balik aku pon jd la Mentor masak spegeti ni pada aiman ni....aku hanya tolong dia sikit2 je.maklumlah,mentor sedang mengaja
protege nyer.bila da siap....hurm...aku rasa,aku punya spegeti minggu lepas pon xsesedap mcm dia buat!lawan tokey nampaknye ye.tapi sbnrnya...dia bergantung pada mentor yg mengajar gak sbnrnya..(apa salahnye,nk uo diri sendiri jugeeeeek.maaf kalau ada yg nk termuntah hijau dgn statement tu).
kat sini aku share sekali resipi spagetthi bolognaise meatballs aku.maybe xsama dgn u alls punye resipi..tp aku nk share gak dgn u alls yer.sebelum tu..thank tou
tu encik mohd rafiq yer yg telah mengajar aku buat resipi buat spegeti ni.kalau xkrn dia...kompom aku xtau masak spagetthi bolognaise ni.















spagetthi bolognaise meatballs
(hidangan utk 2 - 4 org)

sebungkus pasta spegeti
1 1/2 tin tomato puri
daging kisar - setengah bungkus
berbola daging - 10 biji
1/2 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
satu sudu makan minyak masak
oregano
air satu mug biasa - masuk mengikut keperluan dan kepekatan kuah
sayur sayuran:
sebatang lobak merah - dipotong dadu
10 biji cendawan butang (nak lebih boleh nak kurang pun boleh) - di potong mengikut suka
3 biji tomato sederhana besar - isi bahagian tengah dikorek untuk di kisar dan isi tomato yg lain dipotong dadu setengah biji lg dikisar
1/2 biji bawang besar di potong dadu
daun sup - di potong halus
parmesan cheese mozarella yg di sagat
bahan dikisar:
6 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang merah besar
(bawang putih dan merah besar ini dikisar bersama setengah biji tomato dan isi2 tengah tomato tadi yg dikorek)

cara-caranya:
rebus pasta dan masukan bersama 1 sudu teh garam - masak sehingga lembut
kuahnya:
1. panaskan minyak.kemudian masukan bhn2 yg dikisar tadi.bila da naik bau masukan daging kisar tadi dan renehkannya sehingga empuk.masukkan tomato puri tadi dan air sedikit (mengikut kepekatan),garam dan gula (secukup rasa) dan kiub ayam.kacau sehingga rata dan masukkan berbola daging tadi.
2. masukkan bawang,tomato,lobak dan cendawan yg dipotong2 tadi.kacau dan biarkan shingga mendidih.
3.taburkan serbuk oregano tadi dan kacau sehingga mendidih.
4.bila rasa da cukup,bau dah naik...tutup api.
5.hidangakan pastab tadi did dalam pinggan...bubuh kuah ikut kuantiti yg di perlukan.tabukan parmesan cheese tadi dan daun sup yg dipotong halus tad.
6.siap utk di makan!

(utk kuah...bg dia ada rasa lebih sedikit kepada masam dan masin dan sdikit manis)

selamat mencuba!


Sunday, February 20, 2011

birthday ain


hari ini 20.02.2011 genap la ain 11tahn.tapi kesian dia...tiada sebarang celebration di buat.smlm dia mina aku belikan dia kek.huhuhu...aku ingat nk beli hari ni...tapi aku lupa!sehinggalah emak aku bgtau...yg ain kata hari ni hari jadi dia tapi tak ada sape2 belikan kek.keisannye dia.xapelah alu harap,hujung minggu ni aku dapat buat surprise utk dia sekali dgn birthday aiman.huhuhu...i'm sorry!aku hanya manusia biasa!huhuhu!

cantik di mata aku



satu hari aku bersembang dgn kawan aku kat opis pasal trend tudung zaman sekarang...lg2 trend tudung selendang ala2 Yuna gitu.pastu aku masuk topic dgn sikap segelintir org yg x yakin memakai tudung tersebut dgn pelbagai gaya terkini yg boleh dipelbagaikan.bukan hanya kpd selempang.aku juga cerita padanya tentang adik perempuan aku zati yg xpandai utk mengayakan tudung tersebut.dan kata takut xcantik sebab xsesuai.aku menegurnya...sebab dia tidak pernah mencuba langsung utk menggayakannya.

aku teringat satu masa dahulu aku mencuba memakai tudung yg muncung depannya keras.aku digelakkan dgn sepuas2 hati org sekeliling aku...ada kata aku mcm penyu la...xsesuai sbb muka aku dan kepala aku yg besar dan ada yg kata aku mcm minah indon.mula2 mmg mcm down..tp aku pikir balik...kalau aku terus pakai je...cari yg sesuai...pakai dgn gaya yg sesuai dan betul...mesti nampak ok dan selesa utk aku dan mata org.YESS!betul!aku pakai jer...dan cari yg sesuai dgn bentuk muka aku..kalau x... sampai bila aku xpakai tudung tu kot.yg nk pakai aku...bukan diorg.lama2 bila aku kerap pakai...xde org cakap apa2 pun...so okla tu.lagi pun aku yg pakai.hahahaha.

mcm tu jugakla permulaan aku memakai tudung siria dan selendang.tp aku terima jer dan aku pakai je dan lg belajar menggayakannya agar nampak lebih sesuai dgn fesyen dan kesesuaian sama ada keadaan,pakaian dan bentuk muka aku yg diorg kata bulat dan lebar ni.mmemang ada yg mangutuk.tp lama2 diam malah ada yg ikut lg!hahahaha!

okla....mcm ni aku mengaku memang aku xcantik tetapi pada aku...dgn memegang prinsip cantik ini sbnrnya datang dari dalam diri dan hati tetapi bukan dari wajah muka dan fizikal cantik sahaja.wajah cantik itu semua adalah bonus dari allah s.w.t...tapi kecantikan sbnr itu sbnrnya datang dr keikhlasan dari hati.seperti keyakinan,budi pekerti,kejujuran dan ketenangan.kalau xada elemen2 ini...walaupun seseorang tu cantik tapi rendah diri,tak jujur,huru hara / kelam kabut dan susah hati....cantik tu hilang.dan erti kata lain nampak selekeh.so pada yg selalu rendah diri rasa xyakin nak menggayakan sesuatu pakaian yg rasa mcm xsesuai tu jgn cepat mengalah.try dulu,dalam 10 mesti ada satu yg sesuai dan dlm banyak2 fesyen tu...kalau pandai menggayakan dan kenakan mesti masuk.dan yg paling penting hati mesti baik dan sentiasa berfikiran positif.hurm....cermin diri,kenal diri dan muhasabah diri.selagi dan tidak terbabas keluar dr batasan dan landasan agama,adat dan budaya anda akan sentiasa kelihatan cantik pada diri sendiri dan mata yg melihat.cuba lihat sekeliling kita dan yg paling dekat pelakon dottie tu (sorry aku x ingat nama dia)...dia comel dan cantik kan...?walupun dia pakai pakaian yg sexy but she still cute dan nampak selesa.perempuan kedua pula..dato' siti nurhaliza...ingat dulu mekap dia mcmne...?ingat dulu fesyen dia mcmne..sampai ada mulut longkang yg kutuk2 fesyen dia...tapi dia tetap cantik sbb dia berfikiran positif,ikhlas,jujur dan tenang.dan sampai skrg masih ada lg yg mengutuk fesyen terbaru dia..tapi dia relax dan tetap cantik dan anggun.ini semua kerana hati dia.sememamangnya dia cantik tapi ditamabahkan dgn keyakinan dan cantik dia dr hati.begitu juga dgn yuna.jujur aku kata...pada mata aku yuna tidaklah cantik sangat tetapi dia seorg perempuan yg yakin sehingga gayanya di ikut oleh remaja permapuan zaman skrg dan menjadi trend.keyakinannya itulah dia nampak cantik.

oleh yg demikian, hati dan pemikiran yg positif memainkan peranan yg penting dlm kecantikan.walaupun tanpa alat solek dimuka dan hanya berbaju t-shirt/kurung kedah dan berkain batik dan fizikalnya tidak secantik model 2 atau artis terkenal pon perempuan itu tetap cantik jika memiliki keyakinan, hati yg baik dan fikiran yg positif.Namun jgn lupa dgn keselesaan ketika mengenakan pakaian yg bersesuaian perlu dititik beratkan.tetapi ingat...jgn jdi mangsa fesyen pula!renung2 kan...

Friday, February 18, 2011

aku masa sekolah.

Sedar atau tidak sudah 8 tahun aku tak pegi sekolah. Kalau org lain kompom da kena buang sekolah. Untuk aku x payah la.sebab aku dah habis sekolah. Aku habiskan persekolahan aku sehingga ke Tingkatan 6 Atas. Kalau nak ikut kisah...asalnye aku bersekolah di di Butterworth,Penang iaitu di Sekolah Rendah Convent Butterworth dan Sekolah Menengah Convent Butterworth. Pada pertengahan tahun 1997...time tu aku form 1,aku dan family berpindah ke Sungai Besar kerana abah telah di tukarkan ke sini.dan terus menetap di sini.

Aku ingat lagi pertama kali aku masuk ke SMK Sg. Besar.hurm...pertama kali aku bersekolah bercampur dgn lelaki.aku rasa kekok,malu, dan x aman.yelah....aku pernah sekolah bercampur lelaki masa aku tadika 6 tahun sahaja!setelah hampir 7 tahun bersekolah di sekolah di sekolah perempuan,aku di daftarkan oleh abah di sekolah campur.kalau ada pilihan sekolah perempuan sahaja,confirm akan ke sekolah tersebut.tetapi lama kelamaan aku biasa.lelaki pon manusia.Cuma aku segan kot dgn lelaki time tu

Prestasi akademik dan kokurikulum aku di sekolah tu biasa sahaja.xcemerlang pon tapi Alhamdulillah aku mendapat result PMR yg ok ok laaaa,result SPM yg elok TETAPI result STPM yg...alahai.hahahahaha.xpayah nak tau la yer.

Namun begitu kenanganterindah adalah pd sekitar tahun 2000 – 2001(4A10 /5A4).segala pahit manis masam masin banyak berlaku ketika itu. Kerana PMR aku pada tahun 1999 ala2 ado saje kan,aku xlayak nak masuk kelas sains impian aku yg bercita nk jadi engineer masa tu.aku pun teringat emak ada cakap,abah nak ada anak dia jadi akauntan.aku try la masuk kelas yg ada subjek akaun.dapaaaat...aku dapat kelas 4 A10.masa tu kelas aku di dewan lama sekolah di bawah pusat sumber sekolah.aku ingat lg,meja kami masa tu meja panjang beralaskan kain cotton bercorak kartun2.kelas tu jadi ceria.memang da mcm tadika pon ada.tapi cantikla tu.kelas lain ada...???xada kan..kelas kami jer,lain daripada yg lain.hehehehe.banggaaaaaa oooooo!

Di kelas itu jugalah aku mula mendapat ramai kawan dan hubungan kawan kami xputus sampailah sekarang walaupon mereka sudah berkahwin dan masing2 dah ada anak.Cuma aku je belum sampai seru lg.antara kawan yang aku kenal dr form 4 dulu dan berkawan sampai la skrg...Nazam,Ziana,Mizan,Azlin,Wahida,Azimawati,Kamal,Iwan usop (M),Iwan Dae,Rosmilayati,Yani Khafit,Faizal (Butet),suganthi,nadia,yazid.ada juga kawan yg xdisebut mcm norliza (org pertama yg duduk sebelah aku masa form 4),wawa,shahrizal dan beberapa org lg (maaf aku terlupa kalau nampak rupa tentu ingat) tapi aku lost contact dgn mereka.sekadar dengar2 cerita mereka dr mulut ke mulut dan x semuanya.tetapi pada masa aku mula rapat bersahabat dgn nazam,kami kehilangan kawan baik kami dan sahabat nazam,allahyarham sharkawi pada 11.09.2001 krn leukimia.aku berterima kasih kpd arwah krn arwah telah merapatkan hubungan aku dgn rafiq dan persahabatan dgn nazam.pemergiannya benar2 mengejutkan kami.sblm pemergian arwah sharkawi,pada tahun 2000 kami telah kehilangan seorg kawan yg mana merangkap abg kpd kami iaitu allahyarham jamal kerana sakit yg sama.arwah jamal juga rapat dgn kami satu kelas.pemergian mereka berdua2 benar2 buat kami terasa kehilangan sahabat dan kawan pada ketika itu.apatah lagi bg pelahjar lelaki. Namun begitu,kami dikejutkan sekali lagi dgn pemergian allahyarham aidil yg pergi menemui Yg Esa selepas sekolah pada usia yg muda juga.aku mendoakan kesejahteraan mereka disana dan di tempatkan org2 yg beriman.amin.

Pada 2 tahun itu kami banyak melakukan aktiviti bersama2 antara yg xdpt dilupakan ialah beraya bersama2 atau lebih di kenali sbg ‘baraan’.kebiasaan itu xpernah dilupakan setiap kali syawal walaupun sudah habis bersekolah.sebab dgn cara itu dpt mengeratkan lagi hubungan kawan antara kami semua.namun begitu,setelah masing2 memiliki family sendiri,kerjaya sendiri...kebiasaan itu semakin di tinggalkan.al maklumlah kadang2 time cuti kitorg ni xsama.dan kesuntukan waktu serta komitmen masing2.jadi..kali ni seketul2 la datang.yg xpernah lekang datang rumah aku... Kamal,Iwan usop (M),Shahrul dan Usop.sebut pasal usop ni,dia memang xsekelas dgn aku masa form 4 & 5.tapi masa form 2 dulu.tapi dia ni sangat bagus...xlupa kawan.dia xpernah miss datang sini..tetapi aku baru sekali g rumah di masa tahun 1998 dulu.hehehehehe.alah..rumah kawan2 lain jg...sejak da kerja ni langkah pendek nk beraya ni sbb aku bz kt rumah.xsampai hat ink biarkn mak bertungkus lumus sorg2 kat rumah melayan tetamu time raya sbb emak aku bukan larat sangat,cepat letih.aku harap mereka faham lah.insyaallah ada kelapangan sampai la aku.

Berbalik pada sekolah aku.aku betul2 terkejut!dr luar, aku da Nampak ada bangunan baru yg di bina bersebelahan dgn kantin sekolah.then,siapa ada zon wi-fi...waaaaaa!!!hebat.dr luar dah Nampak ada papan tanda KOPERASI.bagusla..sekolah tu semakin cantik.dan aku harap,sekolah cantik isi di dalamnye pun cantik2.maksud aku dr segi pelajarnya cemerlang,cikgu2 yg dedikasi dan pendidikan yg terus maju menggahkan lagi nama sekolah tu.

GO SMK GO!!



ni jalan nak g sekolah dr traffic light LPN

dewan sekolah kebanggaan kami warga SMK

terkejut aku..ada bangunan baru dekat dgn kanti.
hurmmm...perkembangan yg membanggakan aku

dr pagar sekolah sebelah pintu utama.pagar ni kenangan
aku masa naik basikal dulu sebab laluan utk ke garaj basikal dan balik sekolah.

pintu pagar utama SMK Sungai Besar

bangunan utama sekolah.kat situ ada pejabat dan pusat sumber.

pintu pagar ke asrama.tapi tu bkn asramanye....jauh lg ke belakang

dr jauh...dr simpang 3...sayup2 jer...

bye!

thanx to aiman my adik laki yg ambil gambar2 ni.


malangnya....alahai....


hari ni hari jumaat.biasa seperti biasa aku akan suka hari jumaat sbb dia ada segala penghujung utk hari bekerja.dan masa rehat yg panjang...2 jam 30minit.tapi tidak seperti hari jumaat yg sblm sblm ini.hari ini hari jumaat aku yg paling malang seumur hidup aku.

seperti biasa aku akan keluar rumah pada pukul 7.10 atau 7.15 pg paling lewat.sampai depan lif aku bertembung dgn seorg lelaki cina dan 2 org anak lelakinya berjalam menuju ke tangga.eh,liof rosak lg ke?aku tertanya2.aku xpuas hati.aku tekan bitang lif utk turun.menyala merah...lega aku.alah...maybe diorg nak exercise kot...turut tangga.lif kedua terbuka.aku masuk dan tekan butang G utk turun ke bawah.dlm 15 saat aku ada dlm lif tu dlm keadaan mengelamun,baru aku sedar...lif tu xbergerak langsung.aku panik...aku tekan butang buka pintu lif...pon xnak buka.aku tolak pintu lif pon x bergerak lif tu.aku diam dan lif tu bergerak dan naik ke tingkat 7 semula.aku keluar dan biarkan lif tertutup.aku tekan butang turun utk kali ke2.lif yg sama jg terbuka.ok....aku cuba try masuk dan sama juga...tp 2 minit aku stuck dan aku surender.aku tekan lif kali ketiga utk turun dan lif yg hujung sekali terbuka tetapi malang...penuh!aaarrrrrgggghhhhh!!!terpaksa la guna tangga.jam sudah pukul 7.25pg.xape...sempat.

aku berjalan keluar kawasan menara orkid utk ke parking kereta di kawasan parking Kompleks Komuniti Bandar Baru Sentul.malang lagi!ada org buang batang jagung kat bonet depan kereta aku! xada sivik!pengotor nak mamp**!!!lepas tu,yg paling sakit hati...kereta malaun mana entah parking tempat yg salah dan mem'blocking' kereta aku nk keluar! aaaarrrrggghhhhh!!! geramnya.aku peduli apa! aku cuba keluar juga.dgn mengambil masa 10 minit utk keluar dgn bantuan seorg pakcik yg mulia ni....aku berjaya.memang kena sumpah seranah berbakul2 dgn aku lah pg tadi.

selepas ambil kak siti depan bus stop sekali lagi bala datang!jalan pulak jammed dekat lampu isyarat bawah LRT sentul timur - sentul yg nak menghala ke Jalan Ipoh dan Jalan Mahameru.senang cerita depan sekolah La Salle (agaknye la kot) dgn sekolah rendah convent.memang teruk jammed pagi tadi.ada seorang polis trafik wanita menjaga lalu lintas disitu tapi aku tengok dia berdiri saje.dan aku nampak...keadaan lalu lintas da tak terkawal!adoi...ape guna ada polis dekat situ kalau keadaan makin kelam kabut!!!????keadaan mula ok bila da sampai jalan ipoh.aku ada masa 10 minit lagi utk sampai office.kalau xde spoil...mmg sempat.tapi jadi balik bila sampai traffic light kat bawah LHDN dan di hadapan office!isy apa masalah lampu isyarat ni sebenarnya???!!lg malang bila sikap pak guard opis kitorg tu yg terlalu over mengalahkan polis....keadaan menjadi slow!banyak cekadak la diorg ni!aaaarrrrrggghhhhh tidak!da la parking full...adoi...

aku pon punch card la pukul 8.13am.huhuhuhuhu....aku lambat.lepas breakfast yg terlalu express,aku minta tandatangan boss aku.malang lagi...alasan jalan jammed xditerima!abes...takkan aku nk menipu kot!!untung2 aku jujur dan minta tandatangan dari segelintir pihak yg berdiam diri dan xminta tandatangan terus tetapi bg borang melaui ketua kerani.huhuhu....aku xsuka!xsuka!xsuka!!!!!aku xsuka nasib hari ni...horror!!!!

aku nk simpulkan setiap kejadian ini...sikap manusia pentingkan diri sendiri....kat rumah...dah tau lif tu rosak,bgtau la...ni x.sombong!pastu yg block keta aku tu.....dan buang batang jagung tu...xada sivik!itu masyarakat malaysia yg prihatin????!!mcm tu ker? then keadaan lalu lintas tu...pihak yg berwajib...selesaikanlah masalah ni segera...kalau ada polis trafik tp xmampu nk jaga lalulintas dgn terkawal dan lebih teratur...xberbaloi la.dan sikap pengguna jalan raya...jgn terlalu pentingkan diri sendiri...bertimbang rasa sikit.

aku benci hari ni....huhuhuhuhuh~

Tuesday, February 15, 2011

Percubaan Pertama D'Muara Resort

Ahad lepas aku bawa emak dan 2 org adik aku pergi jalan2 area Sg Haji Dorani. Asalnya aku sekadar nak ke pasar Pekan Selasa utk beli ketam. Tapi di sebabkan tak ada seekor ketam pun di jual,kitorang balik dgn hanya beli fishball dan limau nipis. Kalau ikutkan limau nipis tu pun kitorang tak beli kot kalau x kerana aku,emak dan ain batuk2. Sebab kami akan guna perahan air limau dgn satu sudu kicap sebagai kaedah menyembuhkan batuk,belilah limau tu satu pinggan. Pergh...memang sedap!kalau ada ikan bakar lagi sodap...dah mcm pencicah ikan bakar dgn air asam.

Aiman, adik laki aku ikut dgn bawa NIKON D60. Dia memang ajak aku pergi ambil gambar. Kalau tak jgn harap la dia nak ikut. Memang time yg sesuai laaaa... Masa nak balik rumah terlalu awal lagi jadi aku bawalah emak dan adik2 pergi jalan2 dekat pantai Sungai Haji Dorani. Kami berjalan di dalam kawasan resort - D’Muara Resort. Air tak pasang. Menurut sumber air pasang mati. Aku pon xberapa tahu tentang pasang surut air ni. Yg aku tahu air pasang pagi surut pukul 5...yg dlm lagu masa zaman budak2 selalu main tu. Aku pon mengetest D60 tu dgn skill aku yg terlalu amatur tu. Hurm...banyak benda lagi aku nk kena belajar. Lagi2 tentang cahaya,subjek yg sesuai dgn sekitar dan nak set menu ke ape2 la yg ada dlm camera tu.

Keadaan pantai yg surut,berlumpur,sampan2,nelayan ulang alik dan awan yg cantik memang Nampak old school. I like! Mengingatkan zaman2 dolu2...zaman sekolah. Tapi sayang..aku xberapa pandai utk shoot gambar yg lawa. Walau apa pun aku akan terus berusaha utk belajar benda baru dlm dunia baru aku ini.

Kat bawah ini aku sertakan gambar2 yg aku dah shoot sbg buah tangan pertama aku dari sungai haji dorani. Korang nak komen...aku xkisah.baik buruk aku terima..coz i learn from mistake. Dan aku akan sentiasa belajar dan belajar lagi.

Selain aku,adik aku aiman turut mengambil menge`shoot’ gambor2 sekitar pantai da area sawah adi dari sungai haji dorani sehingga lah ke Parit 1 termasuk di hadapan sekolah menengah aku.












Monday, February 7, 2011

Tooty Fruity...maaakkk aiiiiiih!



Beberapa hari lepas, aku dgn my hubby gi jalan2 area One Utama.asalnye cuma nk berjalan sambil mencari jeket hitam aku idamkan.ntah mcmner...tiba2 aku teringin sangat nak makan ais krim.tekak aku ni pon satu...boleh plak tiba2 nak makan ais krim!sebelum ke One Utama lg aku da teringin...dr The Curve.tp perasaan tu membuak2 nk makan bila nmpak bnyak gerai2 ais krim kt tengah2 mall One Utama.alahai...mmg menggoda aku.apatah lg my hubby tu tolong memberi idea makan ais krim.bersemanngat l aku.
kebetulan nk menghala ke Parkson ada Tooty Fruity yg sbnrnya aku xtau amenda ntah tu.yg tunjukan tu boyfriend aku.hurm...tengok gerai mcm biasa.dan di pon awal2 warning aku...ais krim ni mahal.dan try satu cup shj.aku hanya angguk.pastu kami pon membelek dan menelaah sekejap manual yg dia tampal dan harga ais krim tu.100gram = RM5.30.
''ooooo....ok.kita beli dua la...'' dia pandang aku dan kata....''...sabar...sabar...''
kami pon pilih flavour...vanilla,choc dan strawberi...topping dia buh la 3 jenis kacang,sebiji strawberidan sebijik anggur.
dan ending dia...pergila timbang dan bayor.ha????!!!aku rasa mcm nk tanya je...nk baca yg mana satu dkt skrin mesin baya tu.yg 20.10 ke...yg 5.36 ke...yg 0.09++ tu?pastu boipren aku memandang dan kata ''awak...20 hengget seposen wak.....''
GULP!!!apo ko bondo mahei bebenor gheger eskrem ni????aku beli eskrem ke tokey eskrem ni?ke timbang tu salah.aku cam xcaya dan sangka boipren aku tu main2 dan sales girl tu salah cakap.aku try bg RM50.10....sekali balance...RM30.
huhuhuhuhuhuhu.....betoi la....huhuhuhu.....20 hengget seposen!
pastu sambil kuar dgn macho cover muka terkezut berok aku tadi,aku slow2 ngap eskrem tu.uih!masam!baru aku teringat...ada tulis....''..yogurt...".Memang la masam.
dan sambiol makan tu aku cover terkejut dan malu aku depan boipren aku dan tahan rasa betapa xsedapnye eskrem 20 hengget tu!tobat aku...baik aku makan ais krim malaysia yg sedap lg 100x puas hati!sesungguhnya...tekak ini tetap tekak org kampung...hahahahaha.

Wednesday, February 2, 2011

IKEA...ooo IKEA...


sempat aku berkunjung ke ikea mlm ni dgn dia.hurm...dlm sejarah aku...1st time aku pergi,org xramai.syiiiooook ooooo!!almaklumlah...da ramai warga KL da balik kg.cuma mlm ni aku tak dpt nk tgok puas2.kejar masa.dpt la beli meja yg aku nak dan beberapa brg lain.brg2 tgh murah tahap aku geram...mcm nk beli semua.xpe2..aku gi lg nnt.haaaa...time tu aku nk memborong puas2.hehehehehe.
dlam kelam kabut tu sempat aku berkejar ke Padini Concept Store...mana xnye,td aku terbakar tgk handbag chantek kwn aku punya....isy...dgn berinspirasikan handbag aku yg dah semakin mereput tu...aku tekad nk beli handbag baru.tp hampa!da tutup maaaaaaa!!!raya cina laaa...adeh!sedih...sedih.sedih!sedih!
utk ubat sedih aku...aku gi mengadap spegeti meatball kt secret recepi....plus..new york cheese dan air apple kasturi!pergh!xhengat tension tadi.
kalau mcm ni...tiap kali tension...aku mencekik...mmg la...bukan sekadar naik badan,naik darah tinggi,kolestro...kencing manis.hahahaha.tapi..mmg best dinner mlm ni.

SELAMAT TAHUN BARU CINA


SELAMAT TAHUN BARU kpd para kenalan dan rakan2 aku berbangsa Cina yg menyambut tahun baru cina.
hadir tahun baru cina aku teringat kpd 4 perkara ni:-

1. kawan2 sekolah rendah aku dahulu semsa di SRK Convent Butterworth.mmg terus lost contact tapi aku xpernah melupakan pada mereka.aku rasa kawan berbangsa cina lah yg banyak membantu aku dlm pelajaran dan mengenal siapa itu mereka.mmg mereka nmpak cengir tp kalau kawan baik dgn mereka,mereka setia.dgn mereka aku xpernah rasa malu utk makan di tepi koridor kelas...belajar tanpa rasa malu dan jemu....berani ke hadapan.

2.tuan rumah aku berbangsa cina.skrg aku menyewa di Menara orkid,bandarbaru sentul.tanpa dia aku mungkin menyewa dirumah yg serba daif..xselesa...kemudahan ke tempat kerja yg terlalu sukar.Thanx Mrs Gan!

3.cina belakang rumah emak abah aku.mmg aku xkenal atau xpernah bercakap dgn famili diorg tapi...aku tahu...tiap2 kali raya cina,kami akan dpt kacang...biskut raya...air gas sebotol besar dn yg paling penting limau.

4.kawan2 aku yg berbangsa cina.of course la ingt...sbb skrg aku da ada kawan yg berbangsa cina semula dan yg paling rapat dgn aku ialah voon.si comel tu.

Happy Chinese New Year!

Tuesday, February 1, 2011

Cukup2 lah mencanang cerita tipu tuuu!


Hari ni aku mendapat perkhabaran yg xenak aku dengar.hati aku baru tenang... berbunga2...da reda dgn panas hati,mlm ni aku dpt tau sekali lg aku difitnah.teruk sgt ke aku kahwin lambat?seronok sangat menyampai2 dgn cerita yg xbetul tu.Ya,Allah aku erima ujian dan dugaan Engkau ini Ya Allah.kuatkan la semngat aku dgn ketabahan yg aku genggam ini.
Dulu aku di tuduh suka bawak boyfriend2 aku ke rumah....berapa banyak boyfriend aku ada...cuma seorg sahaja.tp kalau dia datang,pakcik tua tu xpernah datang dan ini dah setahun lebih si dia xdatang ke rumah emak abah aku.tiba kata aya thn lps jumpa.siap canang kt nenek2 dan sedara mara aku.Malam ni,isteri pakcik tu pula kata aku ni Playgirl!Jahat sgt ke aku ni sampai diorg suka buat cerita mcm tu???
aku tau,aku xsehandal mereka,xsepandai sedara2 aku...hanya setakat SPM dan STPM yg xke mana tu.tapi aku masih ada maruah dan prinsip.aku x kacau korg pun.bersembang dgn kalian pon jarang apatah lg bersembang tentang peribadi aku...jauh sekali.tapi mana datang cerita2 tu.
aku malu...malu sebab yg menfitnah ni org tua...Warga Emas...dan anak2 sudah besar berpelajaran tinggi,berpendidikan agama yg bagus,tapi xsangka menabur cerita xbetul.syg seribu kali syg!
apa yg mereka nk sebenarnya.kesian emak..abah..nenek...membela aku sehingga tahap termampu.aku harap org tua 2 org tu bertaubat la..bkn sekadar tau buat fitnah dan jaja cerita buruk tentang aku lg.bukan aku shj tp org lain juga.

Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari..aku sendiri nk kau pergi...Hahahahaha!

SELANGKAH KE SETAHUN LAGI....2011.


Selamat datang 2011.selamat tinggal 2010.selangkah setahun lg ke hadapan.meningkat lagi angka...umur dan tahun.semoga azam dan harapan tahun hadapan tercapai dan dpt dilakukan dgn sempurna.tetapi bg yg azamnya belum dpt di realisasikan dgn sempurna,cuba lg...jgn berhenti di tgh jalan...lakukan dgn jaya.utk tahun baru ini...pada sesiapa yg memasang azam dan impian terbaru, teruskan.semoga ikhtiar utk menjadikan ianya realiti yg terindah bg tahun ini dpt di lakukan dgn jayanya.

aku?hurm....azam tahun lepas telah di carry forward pada tahun ini.contohnya,aku dah ada laptop aku sendiri.tp impian utk ada handphone baru telah aku sempurnakan pada april thn lps.dan akhirnya kedua2 nya bersatu memberi aku peluang utk menggunakan internet sebaik mungkin.bg tahun ini impian aku hanya dua.dan biarlah aku simpannya dahulu dan sampai masanye kalian akn tahu juga.

tahun 2010 merupakan thn yg penuh dgn pengajaran utk aku.pengalaman aku tidak dpt lupakan aku di beri peluang lg oleh-Nya utk bernafas atas muka bumi hak milik Yg Esa ini,pengalaman operation benar2 menyedarkan aku betapa pentingnya kehidupan ini dan tidak memandang remeh terhadap perkara2 kecil.pendarahan serius yg aku alami benar2 membuat satu family aku gamat ketika itu.lg2 emak abah.sepanjang aku sakit,emak paling setia di sisi aku.dr aku masuk hospital,operation,terlantar atas tilam,pengsan,dlm ambulan,emrgency room dan masuk ward balik sampai sembuh emak xpernah lekang dr aku.begitu juga abah cuma abah kerja...tu dia xdpt spend 24seven dgn aku.makanan aku mereka jaga...ais krim setiap hari xpernah stop.aku betul2 terharu.masa aku dlm keadaan terlalu lemah krn suffer selama 12 jam kehilangan darah yg hampir tahap kritikal....aku berdoa agar aku diberi peluang oleh-Nya utk aku diberi peluang bernafas lagi bg merealisaikan tanggungjawab aku sbg anak yg belum sempurna dan impian emak abah utk melihat aku bahagia.paling aku sedih melihat mak tido di lantai hospital hnya beralaskan kain batik,dan tidur dia atas kerusi hospital.perasaan aku ketika itu,hanya tuhan sahaja yg tahu.namun aku bersyukur pada-Nya..alhamdulillah.also to my hubby..dia dtg jenguk aku dan membantu aku dan emak sepanjang di hospital.yg paling sweet dia dtg mengejut pukul 8pg...sdgkan waktu itu waktu di larang melawat pesakit.I love you all!

~SELAMAT TAHUN BARU 2011~

I'M BACK!


assalammualaikum...
setelah hampir setengah tahun aku menyepi.kini aku datang balik.hahahaha...maklumla..masa tu hanya menumpang harta org ... kini aku da ada Laptop sendiri.dan aku akn terus & terus menaip disini.
mcm2 terjadi cuma aku xtermampu menceritakan ke semuanya disini.selamat datang kpd para pembaca blog aku.TQ!